Sunday, March 28, 2010

Kelebihan Solah Berjamaah


Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang lelaki itu solat, segala kesalahannya dihantarkan ke kepalanya. Setiap kali sujud maka kesalahannya gugur sehingga habis semuanya. Dikatakan, barangsiapa berkekalan mendirikan solat lima waktu secara berjamaah, nescaya diberikannya lima perkara:

Pertama: Diangkatkan daripadanya kesusahan hidup.

Kedua: Diangkatkan daripadanya siksaan kubur.

Ketiga: Buku catitan amalannya diberikan dengan dengan tangan kanannya.

Keempat: Menyeberangi titian sirat seperti kilat menyambar.

Kelima: Masuk Syurga tanpa hisab."

(Imam Suyuthi (terjemahan). (2005). Bingkisan Mutiara. Pustaka Nasional: Singapura. m/s. 173)

Marilah bersama-sama kita mengamalkannya.

Friday, March 26, 2010

Peringatan Buat Wanita


Ada keterangan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah bersabda yang bermaksud:


"Ada empat orang dari golongan wanita yang akan masuk syurga, juga ada empat orang dari golongan wanita yang akan masuk neraka. Adapun empat wanita yang akan masuk syurga adalah seperti berikut:


1. Wanita yang menjaga dirinya dari barang haram kerana taat kepada Allah s.w.t dan suaminya.

2. Wanita yang banyak melahirkan anak, yang sabar, menerima dengan pemberian sedikit dari suaminya.

3. Wanita yang mempunyai rasa malu, dikala suaminya tidak ada di sisinya ia boleh menjaga dirinya dan harta suaminya. Dan ketika suami berada di sisinya ia menahan lisannya(maksudnya tidak banyak membantah dan menyakiti hati suaminya).

4. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia masih mempunyai ramai anak kecil, maka ia menahan diri tidak menikah demi kebaikan pendidikan putera-puterinya agar tidak tersia-sia."


Kemudian Rasulullah s.a.w. menlanjutkan sabdanya:


"Adapun empat wanita yang yang masuk neraka adalah seperti berikut:


1. Wanita yang kotor ucapan lisannya kepada suaminya.

2. Wanita yang suaminya ketika tidak ada di sisinya ia tidak boleh menjaga dirinya. Dan jika suaminya ada di sisinya ia sentiasa menyakiti hatinya dengan lisannya.

3. Wanita yang memberi beban suaminya di luar batas kemampuan suaminya.

4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari pandangan lelaki lain , dan (senang) keluar dari rumah untuk menampakkan perhiasannya dan kecantikkannya (kepada lelaki lain)."


(Dipetik daripada buku "202 Nasihat Rasulullah s.a.w. Untuk mempertingkan Harga Diri" oleh Abdul Latief Ghazali; 2006: Jasmin Enterprise: Kuala Lumpur. m/s 296 & 297)


Semoga bermanafaat.

Wednesday, March 24, 2010

Coretan Hati Seorang Insan

Kerinduan...

Aku sering merindui kenangan-kenangan silam yang tidak ternilai harganya dengan kisah hari ini. Kerinduanku sering membawa aku kepada sebuah coretan kehidupan yang tak mungkin akan kuulangi lagi. Sebuah lakaran sejarah yang terlipat dek masa dan batasan waktu yang tidak akan kembali lagi. Detik yang ditinggalkan itu akan tersimpan dalam satu lipatan sejarah kehidupan yang mendewasakan aku dan menjadikan aku sebagai seorang insan kini.

Kenangan...

Sewaktu kecil, kita bisa tawa dan tangis bersama tetapi hakikatnya kini semua itu telah tiada lagi. Airmata yang membasahi pipiku, hanya aku saja yang tahu akan sebab kenapa ianya terjadi. Walau sejuta kisah yang aku lembarkan kepada kalian, mungkin hanya secebis coretan yang kalian bisa fahami atau mungkin kesemuanya tidak kalian fahami. Aku masih merindui kehidupan kita yang dahulu, kemiskinan yang tidak menjadi batu penghalang ukhuwwah yang termeteri, kepayahan yang yang semakin mengeratkan silaturrahim, sedikit yang cukup, dalam kepayahan ada kesenangan dan dalam keperitan menempuhi kehidupan ada kegembiraan. Tetapi semua itu telah terpaku dalam sebuah kenangan yang mungkin kalian terlupa atau sengaja enggan kalian ingati.

Dahulu...

Kita dibelenggu kemiskinan, keperitan dan kepayahan hidup, tapi hidup kita penuh kebahagiaan. Tiada sangsi antara kita, yang ada hanya ikatan yang teguh.

Saudara-saudaraku sekelian...

Aku masih mengintai di ruang waktu yang tersisa ini, masih adakah peluang untuk kita kembali seperti dahulu; "ringgan sama dijinjing, berat sama dipikul"? Masih adakah di ruang waktu yang tersisa ini, sebuah kehidupan yang bahagia itu? Masih adakah di ruang waktu yang tersisa ini, kenangan yang bakal kembali menyinari hari mendatang?

Saudara-saudaraku sekelian...

Tatkala mengenang kisah yang lalu, aku rebah dalam linangan airmata kesyahduan yang tiada berkesudahan. Adakah masa yang menjadikan kita seperti sekarang ini atau kepalsuan tipu-daya dunia atau keegoaan atau apa???

Semasa kecil, kita bisa berpadu dalam apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang, tetapi...

Semasa kita masih mengejar cita-cita, kita bisa berpadu menjadi benteng yang kukuh yang bisa mempertahankan ayah dan ibu dari dikeji masyarakat. Kita bisa menangis bersama bila keluarga ditohmah, tetapi...

Mengapa semua itu seolah-olah telah 'dijadikan lipatan sejarah' oleh kita? Ke mana hilangnya 'kita' yang dulu itu?

Saudara-saudaraku sekelian...

Usia kita semakin memakan sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki. Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin sebentar lagi kita akan dipanggil oleh-Nya. Di kejauhan ini, aku pasrah dengan apa yang ditentukan-Nya. Redha dan ikhlas menjadi kekuatan untukku terus berjuang mengharungi cabaran yang terlalu berat untuk kutanggung ini. Maafkanlah segala perbuatanku yang selama ini mengguris hati kalian...

Ayah dan Ibu...

Tidak terbalas jasa kalian buatku. Hanya keampunan dan doa' yang bisa aku titipkan buat insan yang amat aku sayangi ini. Tiada langsung terlintas niat untuk menyakitkan hati kalian selama ini walau sebesar zarah sekalipun. Anakmu ini rela dibenci dan dihina, namun tidak rela melihat kalian diperlakukan sedemikian. Ampunilah segala dosa anakmu ini dan halalkanlah segala apa yang kalian curahkan kepada anakmu ini buat selama-lamanya.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Selamat bersua semula setelah sekian lama saya menyepikan diri dek kerana kesibukan tugasan harian yang semakin bertambah banyak ini. Semoga laman ini bakal menjadi medan ilmu yang bisa mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t., InsyaAllah.

Thursday, September 24, 2009

Mengingati Mati

Aku berpesan kepada diriku dan sahabat-sahabat sekelian bahawa ingatilah akan kematian yang pasti akan ditempuhi oleh kita semua.

Firman Allah s.w.t.:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati." (Ali-Imran:185)

Oleh yang demikian marilah kita mempersiapkan diri kita bagi menghadapi sesuatu yang pasti ditempuhi ini.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Puasa


Maaf zahir batin. Beristiqamahlah dengan apa yang telah/sedang/akan kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Wednesday, September 16, 2009

Eidul Fitr 2009....

Buat seluruh keluarga di Pulau Pinang & Kedah.....

















Maaf Zahir Batin....






Daripada;






Kami sekeluarga di Melaka.