Wednesday, May 20, 2009

Salam Benua ~ Usman Awang


I

MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tembok nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain

II

Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

III

Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin

IV

Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

V

Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua

Usman Awang
1970

Jasa Guru

oleh Usman Awang

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca



Begitulah jasa seorang guru...

Jawapan Kepada 5 Perkara Dalam Kehidupan

Syaqiq bin Ibrahim berkata: Saya telah bertanya kepada 700 orang alim tentang 5 perkara, maka semua mereka memberikan jawapan yang saya:
  1. Siapakah orang yang sempurna akal? Jawapan: Orang yang tidak cinta kepada Dunia.
  2. Siapakah orang yang cerdik? Jawapan: Orang yang tidak tertipu oleh dunia.
  3. Siapakah orang yang kaya? Jawapan: Orang yang redha menerima bahagiannya dari Allah s.w.t.
  4. Siapakah orang yang mengerti agama? Jawapan: Orang yang tidak minta berlebih-lebihan.
  5. Siapakah orang yang bakhil? Jawapan: Orang yang tidak mengeluarkan hak Allah s.w.t. dalam hartanya.
Renung-renungkanlah diri kita....Wallahu'alam.

[Tanbihul Ghafilin, p. 968]

Tanda Taubat Diterima

Tanda taubat seseorang itu diterima ada 4 macam:
  1. putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang yang soleh,
  2. menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ta'at,
  3. hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan ingat selalu kesusahan akhirat,
  4. percaya kepada jaminan Allah s.w.t. dalam soal rezeki lalu sibuk melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Semoga kita tergolong dalam orang yang sentiasa bertaubat dari segala maksiat yang dilakukan. Wallahu'alam.

[Tanbihul Ghafilin, p.137]

Tuesday, May 19, 2009

Assalamu'alaikum w.b.t.

Nampak gayanya tak sempat nak update blog nie sebab terlalu sibuk dengan students yang tengah exam sekarang ini. InsyaAllah, blog ini akan diupdate nanti.

Friday, May 8, 2009

Kebatilan Yang Menggila!

Assalamu'alaikum w.b.t.,

Tanggal 7hb Mei 2008, terang, jelas lagi nyata akan kerakusan dan kezaliman manusia yang bersifat angkuh serta bongkak dan sombong dengan kehidupan dunia ini melakukan apa yang dilakukan apa yang boleh dikategorikan sebagai tidak berperikemanusiaan langsung. Demokrasi yang mereka sendiri canangkan dilacurkan di bumi Malaysia. Sungguh tidak bertamaddun dan hinanya kerana menggunakan kekerasan bagi merampas kuasa yang sah, yang dipilih oleh rakyat. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan untuk Pakatan Rakyat berjuang demi keadilan di bumi Malaysia ini. Teruskan perjuangan walau apa jua halangan melanda. Kebenaran akan tetap tertegak jua akhirnya!!!! Allahuakbar! Apabila tiba cahaya kebenaran maka api kebatilan akan terpadam dan lenyap dari dunia ini.