Wednesday, September 16, 2009

PERMULAAN PERJALANAN MENUJU ALLAH S.W.T.

Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya:


"...dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan..." [Al-Baqarah:195]

Kebinasaan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah mereka yang meninggalkan kedudukan yang telah ditempatkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka iaitu urusan berjihad, melakukan amalan ukhrawi, berdakwah, menuntut ilmu, mengajar, memberikan perkhidmatan umum kepada manusia dan lain-lain.


[Syeikh Said Hawa (2006): Ulasan Al-Hikam: Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa: m/s. 10]

No comments: