Monday, September 14, 2009




Aku adalah anak-anak panah Islam.Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam!
~SAAD BIN ABI WAQQAS~


Perjuangan Islam ibarat kereta,Kalau tiada halangan kita laju...Kalau traffic light warna merah kita berhenti...Tapi enjin jangan mati...Kerana perjalanan masih jauh...
~TOK GURU NIK AZIZ~


Kekadang hati merintih derita,
Jiwa menangis sedih,
Akal mengeluh letih...
Namun,Hakikat hidup takkan berubah,
Yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya...
Hati memilih jalan,
Akal memulakan langkah,
Dan iman meluruskan arah...



KEIMANAN yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta,PENGORBANAN menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, KESABARAN menjadikan segala beban yang ditanggung ringan & mudah, KEYAKINAN pada janji2 Allah menjadikan jiwa tenang tatkala perjalanan begitu sukar, KERINDUAN padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan & ujian berat...


Tuhan memanggil..
ku tidak menyahutnya..
Tuhan memanggil...
aku mendengar saja..
Tuhan memanggil aku...
ku sahut sekali sekala...
Tuhan memanggil aku...
ku cuba menerimanya...
Tuhan memanggil...
ku sahut bertalu-talu...
Tuhan memanggil...
ku jemu menyahutnya...
tapi aku memaksa diriku menerimanya...
itulah diri aku...
belum jinak dengan Tuhan...
aku akan jinakkan dengan bermujahadah...

Ya Allah! Kuatkan keimanan aku dan keluargaku menentang segala maksiat yang sedang bermaharajalela ini...Sesungguhnya, hanya pada-MU kami bermohon........Dan hanya pada-MU kami berserah...

No comments: