Monday, September 14, 2009

RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN


Assalamu'alaikum w.b.t.,


Bulan Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita dengan seribu pengertian. Moga-maga Ramadhan yang kita sedang tempuhi ini merupakan Ramadhan yang terbaik dan kita isikan ia dengan pengabdian diri kepada Maha Pencipta.


Cuma apa yang perlu direnungi di sini, adakah Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya ini telah menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya atau sebaliknya? Sisa-sisa ruang waktu yang masih berbaki ini janganlah dipersia-siakan begitu sahaja.


Dari Jabir, dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:"Apabila tiba malam terakhir dari bulan Ramadhan, maka menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad SAW"Seseorang bertanya:"Ya Rasulullah, musibah apakah itu?"Jawab Rasulullah SAW :"Perginya bulan Ramadhan. Kerana sesungguhnya doa-doa di waktu itu dikabulkan, sedekah-sedekah diterima, kebaikan-kebaikan dilipatkan, sedang azab ditahan."


Oleh kerananya, musibah manakah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan. Apabila langit dan bumi saja menangis demi kita, maka kita lebih patut menangis dan menyesali atas terputusnya keutamaan-keutamaan dan kemuliaan-kemuliaan ini dari kita.Rasulullah SAW juga bersabda:“Alangkah kecewanya orang yang sejak tiba bulan Ramadhan hingga habis bulan tidak diberi ampunan”Orang yang seperti itu akan menyesal kerana melalaikan ibadah dalam bulan Ramadhan; demikian puasanya pula hampa belaka, kerana tidak mendapat kurnia ampunan Allah SWT.Kita semua mengetahui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan kasih sayang.


Pada bulan ini, Allah melimpahkan kasih sayang-Nya pada kaum Mukmin. Pada gilirannya, kita pun diperintahkan menyebarkan kasih sayang pada segenap makhluk-Nya.Pada bulan Ramadhan misalnya, Allah mendidik kita untuk merasakan lapar dan dahaga, supaya tumbuh pada diri kita rasa sayang pada mereka yang dalam hidupnya sentiasa bersahabat dengan lapar dan dahaga. Pada akhir Ramadhan, kita wujudkan rasa kasih ini dengan mengeluarkan zakat fitrah.

Mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir......

No comments: