Tuesday, March 31, 2009

Manusia....Oh Manusia....

Manusia sebegini semakin alpa dan lupa,
Manusia sebegini semakin menyangka hidupnya lama,
Manusia sebegini semakin rakuskan harta,
Manusia sebegini semakin leka,
Manusia sebegini semakin lupakan Penciptanya.


Manusia....oh manusia....


Mengapa rasuah dijadikan rezekimu?
Mengapa pangkat dijadikan igauanmu?
Mengapa harta dijadikan matlamatmu?
Mengapa kekejaman dijadikan amalanmu?
Mengapa, mengapa dan mengapa....?


Manusia....oh manusia....


Lupakah kamu kepada Al-Quran?
Lupakah kamu kepada As-Sunnah?
Lupakah kamu kepada Al-Maut?
Lupakah kamu kepada Akhirat?
Lupakah kamu kepada Al-Mizan?
Lupakah kamu kepada Al-Hisab?
Lupakah kamu kepada An-Nar?


Manusia....oh manusia....


Tindaslah kamu sepuas-puasnya,
Rompaklah kamu sepuas-puasnya,
Tipulah kamu sepuas-puasnya,
Ketawalah kamu sepuas-puasnya,
Makanlah kamu sepuas-puasnya,
Lekalah kamu sepuas-puasnya.


Kerana kamu tidak akan pernah merasa erti kepuasan....
Kerana dalam kamus hidupmu hanya ada keduniaan tanpa akhirat....
Kerana kamu melupakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai ikutan....
Kerana kamu merasa kamulah yang terhebat....
Kerana kamu jahil tentang erti 'istidraj'....


Manusia....oh manusia....

Selagi nyawa dan jasadmu masih bersatu,
Selagi mentari menjengah menyinar dari ufuk timur,
Selagi itulah pintu taubatmu masih terbuka,
Selagi itulah rahmat Ilahi masih terbentang luas,
Selagi itulah peluangmu masih menunggu.


Manusia....oh manusia....


Bertaubatlah...bertaubatlah...dan bertaubatlah....

No comments: