Tuesday, April 21, 2009

Dasar Assobiyyah Pemusnah Keadilan

Renungkanlah Hadith di bawah:

"Bukanlah dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar-dasar assobiyyah"
(Riwayat Imam Muslim)

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku bahawa kita berjuang bukan atas dasar bangsa tetapi atas dasar Ad-Deen Islam yang suci. Api ketaksuban terhadap perjuangan atas dasar kebangsaan ini sememangnya telah lama ditiup dan disuburkan oleh yahudi dan nasara bagi memesongkan dasar perjuangan umat Islam. Perjuangan yang berlandaskan assobiyyah ini juga yang menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah di Turki, yang menjadikan kita hilang pedoman dan arah yang hendak dituju. Kerajaan British juga telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin yang mentadbir negara atas dasar assobiyyah sehinggalah ke hari ini.

Kita masih dibelenggu dengan dasar songsang ini sehinggakan kita meletakkan dasar kebangsaan ini mengatasi dasar Ad-Deen Islam yang suci. Hukum dan pedoman hidup yang digariskan di dalam Al-Quran Al-Kareem serta As-Sunnah bukan sekadar ditolak bahkan dipertikaikan serta dimain-mainkan oleh mereka yang diajar dengan dasar assobiyyah ini. Ulama' dipinggirkan. Artis-artis diangkat darjatnya. Pemimpin-pemimpin yang tidak berakhlaq disanjung dan dijunjung ke sana ke mari. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah jelas dengan segala bukti namun atas dasar pangkat, mereka masih bertaktha di persada pemerintahan negara. Mereka begitu berani bercakap soal Islam walaupun terang-terangan mereka adalah penentang Islam.

Undang-undang British yang lapuk masih digunapakai. Malah ada yang menganggap mereka adalah lebih tinggi daripada undang-undang, seolah-olah mereka manusia yang 'maksum'. Rakyat semakin ditindas dan dikerah keringat mereka. Begitulah perlakuan yang telah dilakukan oleh pemerintah dahulu dan sekarang yang berpaksikan kepada kuasa semata-mata. Bagi mereka, rakyat mesti sentiasa patuh dan taat pada pemerintah serta undang-undang negara namun mereka sendiri tidak mematuhi undang-undang negara. Pandangan yang berbeza dari mereka akan dikenakan tindakan dan hukuman yang berat. Inikah keadilan?????

1 comment:

Anonymous said...

Petunjuk dari Allah manusia selamat... Allah larang assobiyyah dan Allah perintah supaya adil kepada semua.......