Monday, April 20, 2009

Kata-kata Sultan Abdul Hamid II (Empayar Turki Uthmaniah)

Renungilah kata-kata yang diluahkan oleh Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 tatkala ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry) yang sekaligus menawarkan pangkat harta kepadanya sebagai ganti kepada penyerahan Palestine kepada yahudi:

"Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!"

(Dipetik dari Kitab Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, m/s 26)

Lihatlah betapa tegas dan beraninya seorang pemimpin Islam walaupun diugut dengan bermacam-macam ugutan dan disogok dengan harta dan pangkat, Sultan Abdul Hamid II masih mempertahankan keutuhan imannya tanpa menunjukkan kecenderungan mengkhianati Islam. Baginda sanggup mati dari melepaskan tanah yang dipunyai umat Islam di ambil dengan mudah tanpa sebarang jihad yang dilakukan. Baginda juga sanggup hilang segala-galanya dalam kehidupannya sebagai seorang sultan tanpa sedikit pun menggadaikan maruah Islam.

Kita lihatlah sendiri, dewasa ini, pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam rela menjual maruah Islam demi pangkat dan harta. Mereka sanggup membelakangkan hukum yang termaktub dalam Al-Quran Al-Kareem dan As-Sunnah tanpa segan-silu dan tanpa rasa bersalah di atas perbuatan yang terkutuk itu. Suara kebenaran disekat, dizalimi, ditenggelamkan dan dihapuskan sama sekali. Inilah antara kehayaan Protokol-protokol Yahudi Zionis yang telah sebati dengan 'keimana' pemimpin-pemimpin yang mengaku dirinya mereka sebagai seorang Islam tapi pada hakikatnya di hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan niat yang jahat bagi menghapuskan dan melenyapkan Islam dari muka bumi Allah s.w.t. Tetapi mereka lupa, gelombang kekuatan Islam tidak boleh dipadam sampai bila-bila pun. InsyaAllah, kebangkitan umat Islam semakin menampakkan cahayanya dan akan terus bersinar walaupun ada usaha-usaha mereka yang bertopengkan Islam untuk menghapuskannya.



Segala bentuk pembohongan dan isme yang diperkenalkan oleh mereka akan tetap dibongkar dan terbongkar dan akan memamah kehidupan mereka hari demi hari. Arus liberalisasi yang mereka agung-agungkan akan menerkam dan mengoyak-ngoyak kehidupan dan kerajaan yang mereka bentuk seperti seekor singa yang ganas membaham mangsanya. Masa itu akan tetap tiba kerana itu adalah janji Allah s.w.t. Tunggulah dan rasalah pembalasan dari Allah s.w.t. wahai pemimpin-pemimpin yang bertopengkan Islam dan yang memerintah dengan membelakangkan hukum Allah s.w.t. Saat itu, barulah kamu semua akan sedar bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah s.w.t. Oleh itu, insaflah sebelum datangnya waktu yang dijanjikan itu.......

No comments: