Thursday, January 1, 2009

Bersikap Jujurlah...


Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk memperhambakan diri kepada-Nya. Moga-moga dengan kesempatan yang masih terbaki ini, kita akan dapat memaksimumkan serta menggandakan usaha kita ke arah menjadi seorang insan yang bertaqwa dan soleh.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., baginda bersabda:

"Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga; seseorang itu akan selalu bertindak benar/jujur sehingga ia ditulis di sisi Allah s.w.t. sebagai orang yang sangat benar/jujur. Dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan itu membawa ke neraka; seseorang akan selalu berdusta sehingga ia ditulis di sisi Allah s.w.t. sebagai pendusta." (HR Bukhari dan Muslim; Riyadhus Shalihin 1:43)

Wahai sahabat-sahabatku sekelian, marilah kita bersama-sama memperbetulkan diri kita yang tidak dapat lari dari melakukan dosa dan kesalahan ini. Allah s.w.t. memberikan kita peluang yang amat luas dengan melebarkan konsep taubat kepada makhluk-makhluk-Nya. Selagi kita masih bernafas, marilah kita sama-sama memperbanyakkan istighfar kepada-Nya, moga-moga amalan dan taubat kita diterima oleh-Nya.

Di samping itu janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri dengan menindas dan melakukan pembohongan demi untuk mendapat sedikit kenikmatan yang tidak diredhai Allah s.w.t. di muka bumi ini. Janganlah kita mensia-siakan peluang yang diberikan ini dengan melakukan banyak pendustaan demi menurut hawa nafsu yang sentiasa didorong oleh hasutan syaitan.

Jadilah orang yang sentiasa bersifat jujur walau dalam apa keadaan sekalipun kerana balasan syurga sedia menanti. Moga-moga kita mendapat keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.

No comments: