Friday, January 2, 2009

Gejala Rasuah



Firman Allah s.w.t.:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." [Al-Baqarah:188]

Larangan Allah s.w.t. yang tercatat dalam ayat di atas sungguh jelas sekali. Fikir-fikirkanlah tentang keadaan kita sekarang ini, pengabaian terhadap larangan ini amat jelas sekali. Rasuah and memakan harta orang lain tanpa hak menjadi satu trend ikutan yang seolah-olah mesti dipraktikkan dalam kehidupan masa kini. Tabiat memberi dan menerima rasuah sudah menjadi kebiasaan yang tidak lagi ada segan-silunya apabila kita melakukannya. Malah ada dalam beberapa keadaan kita terpaksa memberi rasuah demi untuk melicinkan kerja-kerja kita. Kenapa perkara-perkara sebegini harus berlaku? Jawapan cukup mudah, kita sekarang sedang leka dibuai kemewahan yang semakin hari semakin menyesatkan kehidupan kita. Hukum dan Undang-undang Islam dipinggirkan. Kita lebih yakin dan percaya pada undang-undang rekaan manusia daripada apa yang telah diturunkan melalui Al-Quran. Kalau nak jalankan Undang-undang Islam, pelbagai kepayahan yang akan diutarakan kerana hati kita semakin hitam dan malap dari keimanan yang sejati.

Dewasa ini, kita melangkah lebih jauh lagi dengan mempertikaikan tentang adakah Hukum Islam masih lagi boleh dipakai atau sebaliknya. Berani sungguh kita mencabar Hukum Allah s.w.t.! Berani sungguh kita mempermain-mainkan Hukum Allah s.w.t.! Jangan bersikap demikian kerana penyesalan di Hari Pembalasan adalah penyesalan yang tiada penghujungnya.

Wallahu'alam.

No comments: