Nampaknya manusia semakin sengsara sekarang ini. Manusia yang dimaksudkan di sini adalah manusia yang terlalu menumpukan hal-hal keduniaan dan akhirnya terus merulapakn akhirat tempat tinggal yang kekal abadi. Lihat sahajalah masalah ekonomi dunia yang semakin meruncing yang menyaksikan satu suasana yang menjurus ke aras kejatuhan sistem ekonomi yang didokong oleh golongan kapitalis. Di dada-dada akhbar jelas terpampang akan kesan yang bakal dirasai oleh semua pihak. Keadaan politik yang tidak menentu membelenggu pemikiran manusia. Yang berkuasa semakin rakus, pemimpin yang diberi amanah semakin menindas rakyat, maksiat yang dilakukan semakin berleluasa, orang yang melakukan maksiat dianggap terpuji dan macam-macam hal lagi.
Bagi mereka yang dunia diletakkan di hati akan merasa merasa sempit dan gundah-gulana. Kerana apa? Kerana hati mereka berpaksikan keduniaan semata-mata. Mereka lupa bahawa yang mengatur semua perjalanan alam ini adalah Allah s.w.t. Yang Maha Agung. Mereka lupa yang mereka akan dihisab di hari perhitungan kelak. Mereka lupa bahawa ada dua malaikat yang tidak pernah jemu mencatatkan setiap perlakuan anak Adam. Mereka lupa tentang tujuan kita diciptakan dan dilahirkan di muka bumi ini. Mereka lupa bahawa harta benda bukanlah segala-galanya dalam kehidupan ini.
Mereka lupa atau sengaja lupa atau buat-buat lupa atau melupakan atau .......?
Berdoalah kita supaya kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang lupa akan Allah s.w.t.
Fikir-fikirkanlah.....
No comments:
Post a Comment