"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
Tuesday, March 31, 2009
SELAMAT BERJUANG!!!!!...
Begitulah cara yahudi dan nasara menanam dogma mereka supaya diikuti oleh umat Islam masa kini dan ternyata banyak perkara telah digunapakai oleh umat Islam masa kini. Jelas sekali BN telah menggunakannya dengan begitu rakus sekali. Maklumat kepada rakyat disekat, dilacurkan dan 'dipenjara' dalam 'penjara perundangan' anjuran British yang lapuk ini.
Sempena pilihanraya kecil yang bakal menjelma tak lama lagi, tunaikanlah tanggungjawab yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Tolaklah segala kebatilan dengan memberikan undi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat kerana sudah jelas dan terbukti Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan buat semua. Runtuhkan kebatilan dengan sedikit kuasa yang diberikan kepada kita. SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH WARGA PAKATAN RAKYAT. SEMOGA KEMENANGAN BERADA DI PIHAK KITA!!!! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!!!!
Manusia....Oh Manusia....
Manusia....oh manusia....
Manusia....oh manusia....
Manusia....oh manusia....
Kerana kamu tidak akan pernah merasa erti kepuasan....
Manusia....oh manusia....
Manusia....oh manusia....
Sunday, March 29, 2009
Bersabarlah...
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah:155)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah:153)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali-‘Imran:200)
Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hamba-Ku Yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Az-Zumar:30)
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad:31)
Semoga bermanafaat.
Wednesday, March 25, 2009
Rasuah (Part 3)
Monday, March 23, 2009
Tazkirah Oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Hayatilah akan maksudnya....Semoga bermanafaat.
Rasuah (Part 2)
Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulama.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:
Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)....” (Surah al-Ma’idah: 42)
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur‘an di atas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala melarang umatNya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Perbuatan rasuah termasuk memakan harta dengan jalan yang salah itu. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang-orang Yahudi itu sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan serta memakan rasuah.
Perbuatan rasuah disebut juga oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hukuman laknat atau kutukan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Antara hadis yang membincang perkara rasuah, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru, beliau berkata:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Ancaman terhadap rasuah ini bukan sahaja kepada pemberi dan penerima malahan juga kepada orang tengah atau pengantara perbuatan rasuah tersebut. Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Tsauban Radhiallahu ‘anhu katanya:
Menurut Ibnu Hajar Rahimahullah, adapun pengantara atau penghubung rasuah itu, jika dia sebagai utusan pihak penerima maka pengantara itu berdosa juga sebagaimana orang yang menerima rasuah. Jika pengantara rasuah tersebut sebagai utusan pihak pemberi, maka mengikut pendapat sebahagian ulama ia tertakluk pada tujuan pemberi rasuah, jika tujuan pemberi itu baik, maka tidaklah pengantara itu dilaknat. Namun jika tujuannya jahat, maka pengantara itu akan dilaknat juga. Tidak ada perbezaan dosa dalam kuantiti jumlah harta yang dihulurkan untuk melakukan rasuah. Dosanya tetap sama, sama ada harta yang digunakan untuk rasuah itu dalam jumlah harta yang banyak ataupun sedikit.
Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:
Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.” (Hadis riwayat ath-Thabrani)
Siapakah Golongan Penerima Rasuah Itu?
Hukum pengharaman rasuah tidak hanya terbatas kepada sesuatu golongan sahaja seperti para hakim, sebagaimana yang disentuh oleh ayat al-Qur’an (al-Baqarah: 188) di atas, bahkan ia adalah bersifat umum meliputi semua golongan. Salah satu golongan yang disebutkan secara khusus oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah para petugas (‘Amil zakat). Baginda ada mengingatkan dan melarang para petugas (‘Amil zakat) mengambil atau menerima rasuah, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Humaid as-Sa‘idiy:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melantik seorang lelaki daripada suku Azd bernama Ibnu Lutbiyah, Ibnu Sarh bercerita: “(Dia) ialah Ibnu Utbiyah”, (bertugas sebagai) pemungut zakat. Lalu Ibnu Utbiyah (ketika menghadap Nabi) berkata: “Ini untuk kamu dan yang ini dihadiahkan untuk saya”.
Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam (lantas) bangun berdiri di atas mimbar, Baginda memuji-muji Allah dan menyanjungNya lalu bersabda:
Kemudian Baginda mengangkat kedua tangannya sehingga kami nampak ketiaknya lalu bersabda: “Wahai Tuhan, bukankah saya telah menyampaikan, bukankah saya telah menyampaikan.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh Abu Humaid as-Sa‘idiy:
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hadiah-hadiah para petugas (‘Amil) adalah khianat.” (Hadis riwayat Ahmad)
Sementara dalam kitab Maratib al-Ijma‘ disebutkan, bahawa ulama telah bersepakat rasuah dalam menjatuhkan hukuman adalah haram.
RASUAH
- melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
- penyalahgunaan harta negara.
- merugikan negara.
- memperkaya diri sendiri dan kerabat.
Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!
Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas).
Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.
Dalam Islam rasuah bermaksud sogokan, wang suap atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan. Berhubung dengan persoalan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud:
"Mereka suka sekali mendengar perkataan yang dusta lagi sangat suka makan yang haram (seperti wang sogokan dan sebagainya)"
Hadis nabi SAW ada menyatakan :"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum" (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Ibnu Mas'ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:
"Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia. 2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya. 3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Kesalahan Rasuah
Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
- - wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
- - apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
- - apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
- - apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
- - apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
- - apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
- - apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
Peruntukan Undang-Undang Berkenaan Kesalahan Rasuah
- Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
- Ordinan No. 22 Dharurat, 1970 berkaitan rasuah
- Akta Kastam 1967(Disemak 1980) berkaitan rasuah (167)
- Kanun Keseksaan (Akta 574)
- Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan rasuah
- Akta Pengubahan Wang Haram 2001 berkaitan rasuah
Monday, March 16, 2009
Friday, March 13, 2009
Renung-renungkanlah...
You are brave enough to be determined and persistent on the development of your interpersonal skills, and if you are willing to take advantage of your abilities and talents.
Success is not to discover what others like, it is to acquire and practise the skills that help one gain their love.
A thought....
When you climb a mountain, look to the top and not to the rocks that surrounded you. Make sure of where you step as you climb, and dot not leap in case you loose your footing.
Wednesday, March 11, 2009
Maulidur Rasul
Alhamdulillah, kita dilahirkan dalam Islam dan dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang merupakan dua nikmat yang tidak ternilai harganya. Adakah kita menjaga, membaja dan mempertahankan nikmat-nikmat ini dalam kehidupan kita setiap hari? Hanya kita sahaja yang dapat menjawab persoalan ini.
Baru-baru saya ada menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di tempat yang berhampiran. Melihatkan acara yang disusun-atur, ianya amat baik sekali. Dipenuhi dengan seminar dan pengisian serta beberapa acara lain yang bakal dilaksanakan. Saya serta keluarga berhasrat untuk turut memeriahkan sambutan tersebut dengan menghadiri program yang dirancangkan.
Namun apa yang menyedihkan saya adalah pelaksanaan program tersebut masih lagi dipalit dengan unsur-unsur jahiliyyah moden yang begitu kuat membelenggu ummah dewasa ini. Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa dimasukkan ke dalam mindanya dengan maklumat yang tidak bertepatan dengan kesucian Islam yang sebenar. Lagu hindustan yang bertemakan percintaan dimainkan dalam kawasan masjid yang merupakan rumah Allah s.w.t. yang suci merupakan suatu pendedahan yang salah kepada kanak-kanak. Kelak jangan salahkan anak-anak kita membawa masuk lagu-lagu yang lebih teruk lagi di kawasan masjid. Pertunjukkan fesyen yang diadakan walaupun pesertanya adalah di kalangan kanak-kanak, namun kita seharusnya menanamkan nilai-nilai Islam yang sebenarnya yang bukannya dicampur-adukkan dengan nilai-nilai jahiliyyah moden yang semakin diterimapakai pada masa kini. Pakaian yang diperagakan pada pertunjukkan fesyen tersebut kebanyakkannya tidak bertepatan dengan ajaran Islam yang suci.
Sepatutnya dan semestinya mereka yang menganjurkan program yang sebegini peka dengan apa yang bakal dilaksanakan dan bukannya sekadar menjayakannya sahaja tanpa melihat apa yang akan diisi dalam program tersebut. Ingatlah bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.
Wassalam.
Kembali berkarya....
Nampaknya agak lama saya tidak 'up-date' blog ini dek kerana kesibukan dengan tugasan harian yang semakin bertambah ini. Namun, InsyaAllah, selepas ini blog ini akan diperbaharui dari masa ke semasa. Semoga blog ini dapat memberikan manafaat kepada semua pihak. Terima kasih.
Wassalam.