Berkatalah yang haq sekalipun ianya begitu pahit untuk dituturkan. Dewasa ini kita seringkali dihidangkan dengan berbagai perkhabaran yang tidak benar dan ditokok tambah supaya kita percaya bahawa pihak-pihak yang tertentu melakukan kesalahan. Pihak yang memperjuangkan kebenaran dilabelkan dengan pengkhianat dan bermacam-macam lagi gelaran yang tidak selayaknya diberikan.
Begitulah cara yahudi dan nasara menanam dogma mereka supaya diikuti oleh umat Islam masa kini dan ternyata banyak perkara telah digunapakai oleh umat Islam masa kini. Jelas sekali BN telah menggunakannya dengan begitu rakus sekali. Maklumat kepada rakyat disekat, dilacurkan dan 'dipenjara' dalam 'penjara perundangan' anjuran British yang lapuk ini.
Sempena pilihanraya kecil yang bakal menjelma tak lama lagi, tunaikanlah tanggungjawab yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Tolaklah segala kebatilan dengan memberikan undi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat kerana sudah jelas dan terbukti Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan buat semua. Runtuhkan kebatilan dengan sedikit kuasa yang diberikan kepada kita. SELAMAT BERJUANG KEPADA SELURUH WARGA PAKATAN RAKYAT. SEMOGA KEMENANGAN BERADA DI PIHAK KITA!!!! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!!!!
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment