- melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
- penyalahgunaan harta negara.
- merugikan negara.
- memperkaya diri sendiri dan kerabat.
Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi. Semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada sedar atau tidak. Cuma berat (kes) berbeza-beza: daripada yang paling ringan dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya. Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!
Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas).
Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.
Dalam Islam rasuah bermaksud sogokan, wang suap atau yang seumpama dengannya dengan tujuan yang satu iaitu agar pihak-pihak tertentu dapat mengurus dan menyelesaikan sesuatu hal yang dikehendakinya dengan segera dan menguntungkan. Berhubung dengan persoalan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud:
"Mereka suka sekali mendengar perkataan yang dusta lagi sangat suka makan yang haram (seperti wang sogokan dan sebagainya)"
Hadis nabi SAW ada menyatakan :"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum" (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Ibnu Mas'ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:
"Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia. 2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya. 3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Kesalahan Rasuah
Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
- - wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
- - apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
- - apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
- - apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
- - apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
- - apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
- - apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
Peruntukan Undang-Undang Berkenaan Kesalahan Rasuah
- Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
- Ordinan No. 22 Dharurat, 1970 berkaitan rasuah
- Akta Kastam 1967(Disemak 1980) berkaitan rasuah (167)
- Kanun Keseksaan (Akta 574)
- Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan rasuah
- Akta Pengubahan Wang Haram 2001 berkaitan rasuah
No comments:
Post a Comment