- Menjunjung Perintah Allah s.w.t.
- Perkara yang sama-sama dibuat oleh Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. walaupun maknanya berlainan.
- Perkara yang sama-sama dibuat oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. walaupun maknanya berlainan.
- Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah s.w.t. atas setiap selawat.
- Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
- Dituliskannya baginya sepuluh kebajikan.
- Dihapuskannya daripadanya sepuluh kejahatan.
- Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.
- Mendapat syafa'at Nabi Muhammad s.a.w.
- Diampunkan dosa.
- Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.
- Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada hari Qiamat kelak.
- Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup.
- Ditunaikan segala hajat.
- Mendapat doa daripada malaikat dan rahmat Allah s.w.t.
- Membersihkan hati dan mensucikannya.
- Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia tergolong dalam ahli syurga.
- Terlepas daripada huru-hara hari Qiamat.
- Mendapat doa' dan salam Nabi Muhammad s.a.w.
- Mengingat kembali perkara yang lupa.
- Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
- Menghilangkan kemiskinan.
- Tidak termasuk dalam orang yang bakhil.
- Terlepas daripada kutukan Nabi Muhammad s.a.w. : "Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat".
- Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.
- Menjauhkan majlis daripada menjadi lagha.
- Menyempurnakan setiapa kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah s.w.t.
- Mendapat Nur ketika lali di Titian (Sirat).
- Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
- Mendapat pujian Allah s.w.t. di sisi para malaikat.
- Diberkatkan umur dan semua pekerjaannya.
- Mendapat rahmat Allah s.w.t. dan sentiasa dikasihi Allah s.w.t.
- Menambah mahabbah kasih-sayang terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
- Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. bertambah kasih kepada kita.
- Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup.
- Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad s.a.w.
- Menetapkan kaki di Titian (Siratul Mustaqim).
- Menunaikan sedikit hak Nabi Muhammad s.a.w. dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
- Termasuk daripada zikrullah mengigat Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w.
- Mendapat kemuliaan dan keistimewaan daripada Allah s.w.t.
- Dipetik daripada Kitab Jilaul Afham (Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah).
No comments:
Post a Comment