Friday, March 26, 2010

Peringatan Buat Wanita


Ada keterangan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah bersabda yang bermaksud:


"Ada empat orang dari golongan wanita yang akan masuk syurga, juga ada empat orang dari golongan wanita yang akan masuk neraka. Adapun empat wanita yang akan masuk syurga adalah seperti berikut:


1. Wanita yang menjaga dirinya dari barang haram kerana taat kepada Allah s.w.t dan suaminya.

2. Wanita yang banyak melahirkan anak, yang sabar, menerima dengan pemberian sedikit dari suaminya.

3. Wanita yang mempunyai rasa malu, dikala suaminya tidak ada di sisinya ia boleh menjaga dirinya dan harta suaminya. Dan ketika suami berada di sisinya ia menahan lisannya(maksudnya tidak banyak membantah dan menyakiti hati suaminya).

4. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia masih mempunyai ramai anak kecil, maka ia menahan diri tidak menikah demi kebaikan pendidikan putera-puterinya agar tidak tersia-sia."


Kemudian Rasulullah s.a.w. menlanjutkan sabdanya:


"Adapun empat wanita yang yang masuk neraka adalah seperti berikut:


1. Wanita yang kotor ucapan lisannya kepada suaminya.

2. Wanita yang suaminya ketika tidak ada di sisinya ia tidak boleh menjaga dirinya. Dan jika suaminya ada di sisinya ia sentiasa menyakiti hatinya dengan lisannya.

3. Wanita yang memberi beban suaminya di luar batas kemampuan suaminya.

4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari pandangan lelaki lain , dan (senang) keluar dari rumah untuk menampakkan perhiasannya dan kecantikkannya (kepada lelaki lain)."


(Dipetik daripada buku "202 Nasihat Rasulullah s.a.w. Untuk mempertingkan Harga Diri" oleh Abdul Latief Ghazali; 2006: Jasmin Enterprise: Kuala Lumpur. m/s 296 & 297)


Semoga bermanafaat.

No comments: