Nasihat Pertama
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah:
"Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah s.w.t. daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."
Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.
[Dipetik daripada buku Wahai Anakku Yang Tercinta (Ayyuhal Walad) karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali]
No comments:
Post a Comment