Bagaimana Sepatutnya Kita Menerima Nasihat
Wahai Anakku Yang Tercinta...
Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Janganlah kita terpedaya dengan tipu daya keduniaan yang menjanjikan keseronokan yang hanya sebentar sahaja dan ingatlah akhirat jualah yang menjadi tempat pembalasannya. Amalkanlah ilmu yang dipelajari itu. Renungkanlah maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti adalah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya"
Wassalam.
[Dipetik daripada buku Wahai Anakku Yang Tercinta (Ayyuhal Walad) karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali]
Tuesday, May 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment