Assalamualaikum warahmatullah ...
Telah tertulis dalam peradaban sejarah, agama Islam dipandang tinggi dan dihormati oleh setiap bangsa dan agama-agama lain. Peraturan-peraturan dan hukum-hukum Islam dihormati dan tidak ada yang berani mempersendakan Islam walaupun oleh musuh-musuh Islam.
Tapi kini Islam dipandang rendah dan tidak lagi dihormati. Tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang berani mempersenda dan mencabar hukum-hukum Islam itu sendiri. Malah ada yang mengharamkan pemakaian tudung di sekolah atas alasan untuk menggalakkan integrasi sesama kaum.
Isu terbaru membabitkan dua orang kanak-kanak di Singapura yang telah dikenakan tindakan pengantungan oleh pihak sekolah kerana tidak mahu menanggalkan tudung apabila berada di sekolah. Pihak pemerintah juga turut menekankan bahawa pemakaian tudung bagi kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan dalam Islam.
Biarpun memakai tudung bukanlah satu kewajipan bagi kanak-kanak perempuan yang belum baligh namun pemakaiannya adalah digalakkan. Sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik dan menyuruh anak-anak mempelajari dan memperaktikkan hukum-hukum agama.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6 ).
Sebagai seorang mukminin dan mukminat Islam sudah menjadi kewajaran bagi kita untuk mendidik anak-anak agar mempraktikkan ajaran agama sebaik mungkin. Oleh itu tidaklah menjadi kesalahan untuk mengalakkan anak-anak menutup aurat mereka biarpun dalam usia yang belum baligh lagi. Malahan perbuatan ini amat dituntut dalam Islam.
Lagipun didikkan kepada anak-anak patut dimulakan pada usia yang seawal mungkin agar penerapan agama itu dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat untuk mudah mereka menerimanya.
"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya." (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)
Wassalam...

(Sumbangan: Mohd Fathi - Mesir)
No comments:
Post a Comment