Saturday, January 3, 2009

BOIKOT ISRAEL-USA


Assalamu'alaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. atas anugerah kehidupan yang masih dikurniakan kepada kita semua. Gunakanlah ia pada memartabatkan Ad-Deenul Islam, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Pagi ini dada-dada akhbar masih menghidangkan berita yang amat memilukan hati kita sebagai sahabat kepada umat Islam yang sedang diganyang oleh Israel-USA di Palestin. Terasa begitu sedih dan pilu sekali apabila melihat mayat-mayat mereka yang terkorban dalam serangan yang hanya diperhatikan oleh OIC, Negara-negara Arab, United Nations dan umat Islam seluruhnya. Inilah akibatnya apabila harta benda menguasai kehidupan manusia, mereka tidak akan prihatin tentang apa yang terjaadi kepada sahabat-sahabat mereka di sana. Dengan bilangan tentera Israel yang tidak begitu ramai jika dibandingkan dengan tentera umat Islam di seluruh dunia, Israel tetap mampu mengoyak dan mencarikkan maruah umat Islam dengan menyerang masjid-masjid dan orang-orang awam di Palestin.

Kita yang berada di Malaysia MESTILAH membantu umat Islam yang tertindas tersebut. Jangan hanya berbangga dengan dengan sejarah keagungan pimpinan khalifah Islam pada masa lampau sahaja tetapi kita seolah-olah lupa akan tanggungjawab kita mempertahankan maruah Islam dari dicalar oleh mereka yang bencikan Islam. Marilah sama-sama kita BOIKOT SEMUA BARANGAN ISRAEL-USA DAN NEGARA-NEGARA SEKUTUNYA. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, apakah yang bakal kita jawab di hadapan Rabbul Jalil pada hari Perhitungan kelak sekiranya kita sendiri pun turut menyumbang ke arah perbuatan memusnahkan Islam?

Untuk mendapat maklimat lanjut tentang barangan Israel-USA, layarilah laman web ini: http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Allahu Akbar! Hancurkan Israel dan sekutu-sekutunya dari muka bumi Allah s.w.t ini.

Wassalam.

No comments: