
Assalamu'alaikum w.b.t.,
Asbahna 'ala fitratil Islam wa kalimatil ikhlas wa'ala deenin nabiyinna Muhammamadin solallahu 'alaihi wassalam. Amma ba'du.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepada-Mu dan cinta kepada orang-orang yang mencintai-Mu, termasuk orang-orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa sayang kepada-Mu." (HR At-Tirmidzi:3341)
Kesimpulan dari hadith yang tercatat di atas adalah:
Pertama: Perasaan cinta itu adalah sesuatu yang ujud.
Kedua: Keutamaan cinta mestilah disuburkan ke arah mencintai Allah s.w.t. dan kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Ketiga: Hendaklah orang yang dicintai itu juga cinta kepada Allah s.w.t.
Keempat: Orang yang dicintai itu juga hendaklah orang yang sayang kepada semua amalan yang dikasihi oleh Allah s.w.t.
Semoga bermanafaat. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment