Tuesday, January 6, 2009

PALESTIN: APAKAH TINDAKAN KITA?



Assalamu'alaikum w.b.t.,

Setelah melayari akhbar di laman web, terbaca satu catatan tentang keganasan yang dilakukan Israel yang sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan itu. Tetapi apa yang menyedihkan, dunia masih menyepi dan lebih menyedihkan lagi umat Islam masih membisu seribu bahasa. Mengapa ini harus terjadi......?

Sekarang tanya pula pada diri kita, apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan kita ambil? Adakah kita sentiasa berdoa' semoga pertolongan Allah s.w.t. akan sentiasa bersama-sama dengan pejuang-pejuang kita di Palestin? Adakah kita memboikot barangan Israel dan sekutu-sekutunya?

Lihatlah gambar yang dipaparkan di atas dan lihatlah sendiri kekejaman yang dilakukan oleh Israel.....masih tidak mahu memboikot barangan mereka.....anda memang tidak ada iman langsung......!!!!!

No comments: