Friday, January 9, 2009

KEJAMNYA ISRAEL!!!...

Kekejaman Rejim Israel nampaknya semakin menjadi-jadi dan terus menggila kerana sokongan yang padu dari USA dan sekutu-sekutunya. Dan kekejaman ini akan berterusan sehingga detik yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Tetapi kita sebagai seorang yang mengaku bahawa kita seorang Muslim mestilah bertindak memadamkan kekejaman ini walau dengan apa cara sekalipun. Kita di Malaysia mestilah memulaukan terus barangan Israel dan sekutu-sekutunya agar ekonomi mereka runtuh seruntuh-runtuhnya sehingga ranap menyembah bumi. Marilah kita mulakan gerakan ini dari dalam diri kita sendiri dan seterusnya keluarga kita dan akhirnya negara kita seluruhnya.

Selain dari itu, marilah kita memperbetulkan pemikiran dan kepercayaan kita dengan meranapkan sistem kuffar yang digunapakai di muka bumi Allah s.w.t. ini. Ini adalah sumbangan kita yang terbesar ke arah meruntuhkan kekejaman kuffar dan seterusnya meletakkan Islam pada tempat yang selayaknya. Peranan ini mestilah dimainkan oleh kita semua apabila terdapat peluang yang terbuka luas di hadapan mata. Marilah kita menjadi penyokong dan pendokong mereka yang meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan dan bukannya bangsa sebagai matlamat perjuangan.

Lihatlah sendiri apa yang berlaku di Palestin, perjuangan menegakkan Islam dan perjuangan menegakkan kebangsaan jelas ditunjukkan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Mereka yang memperjuangan Islam akan terus membela nasib rakyat dan golongan yang tertindas tetapi apabila perjuangan yang bermatlamatkan kebangsaan akan cuba mencari helah supaya harta benda dan kepentingan mereka terselamat. Ingatlah bahawa kita berjuang bukan kerana bangsa tetapi kerana Islam. Ingatlah juga bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Mutakhir ini ada yang berpendapat bahawa walau dengan apa cara sekalipun kita boleh lakukan sekiranya Islam adalah matlamat kita. Pemikiran dangkal yang sedemikian telah 'dirasuk' oleh golongan kuffar agar seluruh dunia melihat Islam itu kejam dan jahat. Ingatlah bahawa perjuangan dalam Islam ada caranya yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya mengikut akal pemikiran kita yang cetek.

Ingatlah juga bahawa telah lama perjuangan berteraskan kebangsaan didominasi oleh kita yang sama sekali tidak bertepatan dengan syariat Islam. Marilah kita membuka lembaran baru dalam kehidupan kita dengan bersatu berganding bahu, kuatkan usaha dan biarlah peluh yang mengalir dari tubuh kita ini diusap dan disapu dengan 'saputangan' perjuangan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Janganlah lagi kita menjadi 'hamba' kepada dogma perjuangan kebangsaan yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pemimpin dunia. Tinggalkan dan musnahkan taghut dan kembalilah semula kepada fitrah Islam yang sebenar, InsyaAllah kita akan selamat.

Marilah kita melaksanakan 'jihad sistem pemerintahan' dengan bersatu menentang jahiliyyah moden yang membelenggu umat manusia dewasa ini. Bagi yang berpeluang melaksanakannya dalam masa yang terdekat, jalankanlah tugas dan tanggungjawab anda dengan berpaksi keimanan yang teguh menjunjung perintah Yang Maha Kuasa. Ingatlah setiap apa yang kita lakukan ada perhitungannya.

Musnahkan Israel dan sekutu-sekutunya dan tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah dan bukannya menampal 'barah' yang semakin parah, kelak kita juga akan 'berpenyakit'..... Wallahu'alam.

No comments: