Wednesday, December 17, 2008

Coretan Kehidupan.....

Alhamdulillah, umurku masih lagi dipanjangkan oleh Allah s.w.t. untukku teruskan kehidupanku dalam mengabdikan diri kepada-Nya. Moga-moga penyerahan diriku sebagai seorang hamba kepada Allah s.w.t. akan sentiasa diterima oleh-Nya.

Ketika aku membuka mataku hari ini, aku bersyukur kepada-Nya kerana masih lagi ada ruang untukku mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan masih lagi diberikan kepadaku ruang untuk bertaubat atas segala ketelanjuranku yang sengaja dan tidak disengajakan. Sebagai hamba yang dhaif, aku tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana' ini. Tetapi, Allah s.w.t. itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang, moga-moga segala dosaku dan dosa seluruh umat Islam diampunkan oleh-Nya, AMIN.

Bilaku melayari internet, aku terpaku dan amat kagum sekali dengan kebesaran Ilahi yang menjadikan segala yang ada di bumi dan di langit yang tiada sesiapa pun yang bisa menandingi kekuasaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t. Tetapi, aku sesekali terasa begitu sedih dengan apa yang telah kulakukan dalam kehidupan seharianku. Mengapakah aku masih sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya? Mengapa airmataku tidak bisa mengalir memikirkan dosa-dosa yang telah kulakukan? Mengapa aku masih menjadi seorang hamba yang masih melakukan maksiat kepada-Nya sedangnkan rahmat-Nya tidak terjangkau luasnya terhadap semua makhluk ciptaan-Nya?

Dengan azam dan tekad baru yang pahatkan di benak hatiku, mulai saat dan tika ini, aku berazam untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur kepada-Nya, seorang hamba yang menurut segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Oh Tuhanku! Engkau berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini dalam mengharungi ranjau onak dan duri kehidupan ini. Tanpa Kudrah-Mu, aku tidak mampu melakukannya. Ya Allah! Engkau terimalah taubat hamba-Mu ini kerana hanya Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Begitu licik tipu daya syaitan, yahudi dan nasara sehinggakan amat sukar untuk membezakan antara yang haq dan yang batil. Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku berserah.....Wassalam.

No comments: