Tuesday, December 16, 2008

Kembali berkarya....

Assalamu'alaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, setelah sekian lama menghilangkan diri dek kerana kesibukan tugasan harian di pejabat melayan karenah para pelajar, kini aku dapat kembali berkarya semula. Terima kasih kepada yang melawat laman ini, semoga ada manafaat yang dapat digarap dari sedikit ilmu yang dipaparkan di sini.

Syukurku kepada Allah s.w.t. tidak terhingga kerana InsyaAllah, pada pertengahan bulan Januari 2009 naniti, aku dapat juga menjadi tetamu Allah s.w.t. untuk menunaikan ibadah umrah yang selama ini amat ku idam-idamkan. Bagaikan sebuah mimpi yang bakal menjadi kenyataan, tak dapat digambarkan betapa aku gembira dan todak sabar lagi untuk menunggu tarikh keberangkatan ku ke Tanah Suci Madinah dan Makkah Al-Mukarramah. Semoga ibadah umrah yang bakal ku laksanakan kelak akan menjadi pemangkin ke arah penghayatan Islam yang sepenuhnya dalam kehidupanku dan keluargaku, AMIN...

Buat isteri tersayang, terima kasih diucapkan atas segala sokongan dan dorongan yang tak pernah kenal erti penat, yang sentiasa memberikan peransang yang amat bernilai buatku.

Buat anak tersayang, terima kasih tak terhingga kerana sentiasa jadi 'geng' Baba tanpa mengira waktu dan tempat.

InsyaAllah, sudut Lama Tazkiyatun-Nafs ini akan terus menghidangkan ilmu-ilmu yang berguna untuk tatapan semua.

Wassalam.

No comments: