Segala puji dan kesyukuran dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. , keluarganya, sahabat-sahabatnya serta mereka yang sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam hingga ke Hari Qiamat. Amin.
Allah s.w.t. berfirman: "Allah Ta'ala mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat." (Al-Mujadalah:11)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Kelebihan orang alim ke atas seorang abid seperti kelebihan bulan pada malam purnama ke atas seluruh bintang."
Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa orang-orang yang diberikan ilmu itu mempunyai lebih 700 darjat ke atas orang-orang Mukminin. Jarak antara satu darjat dengan satu darjat ialah sejauh 500 tahun seperti jarak antara langit dengan bumi. Allah s.w.t. juga bermegah-megah dengan tinta para Ulama' sepertimana Dia bermegah-megah dengan darah orang yang mati syahid.
Imam Syafi'i rahimahullahutaala anhu: : "Barangsiapa tidak sayangkan ilmu, nescaya ia tiada sebarang kebaikan padanya. Oleh itu janganlah kamu berkenalan dan berkawan dengannya. Sesungguhnya ilmu itu menghidupkan hati."
Renungkanlah wahai sahabat-sahabatku sekelian, betapa peri pentingnya kedudukan ilmu dalam kehidupan kita ini yang seterusnya akan membawa ke akhirat yang kekal abadi. Sementara roh masih dikandung badan, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ilmu kita dengan memperbanyakkan masa kita dalam menuntut ilmu.
Wassalam.
[Bingkisan Mutiara - Imam Suyuthi)
No comments:
Post a Comment